wuhu

Terima Kasih Kerana Sudi Jejak Di Blog ini.

Song

Saturday 11 March 2017

Pasangan hidup??

Assalamualaikum and haiii, harini aku nk cerita pasal pasangan hidup hahaha rasa lawak pulak tajuk harini. Koranh pun mesti ada pasangan hidup kan waktu korg susah dan senang dia sentiasa bersama kau. Haaaa harini aku nk share sikit pasangan aku nama dia mimi. Umur dia sama dgn aku. Kami kenal masa sekolah tingkatan 4 masa ni kawan biasa je tak tegur sgt pun biasa biasa je hahaha. Start berkawan rapat masa tingkatan 5. Hehhehe aku dh kenal dia dh nak masuk 3 tahun. Semakin lama aku kenal makin la aku kenal perwatakan dia kan perangai dia semua.

Kami dah ramcang nk kawin korg doa doa kan la k. Apa yg aku nk cite tntg dia? Okay aku cite dia ni seorg yg sgt memahami aku dia tkpernh marah aku dgn apa yg aku buat, sentiasa support aku dan sentiasa ada dgn aku bila aku susah dan senang. So dialah pasangan hidup aku. Korg pun mesti pasangan hidup korg camni gak kan. Hihihihi. Okay aku harap hubungan aku ngn dia akan kekal lama dan berpanjangan. Doakan kami bahagia dan menjadi pasangan hidup hingga ke syurga. Doa kan kami cpt kawin k hehehhe. Itu saje k jp sblm tu aku payung gmbr masa aku dan dia kecik kecik masa besar takleh rahsia.
-
-
-
-
-

Jenggggggg


< Belah Kiri saya dan Belah Kanan dia>



Friday 10 March 2017

Tempat impian.

Hai Assalamualaikum, harini nak cerita tentang tempat yang saya teringinnnn sangat nak pergi. Korang mesti ada kan tempat impian yang korang teringin nak pergi tak kisah la dalam negara atau luar negara. Semua nya ada tempat yang menarik yang pasti akan memikat hati. cewahhhhh. Haa kalau saya tempat yang paling teringin nak pergi ialah SEOUL, KOREA SELATAN. Sebab apa korea? hahaha bukan sebab minat kpop tau tapi sbb negara dia banyak sgt tempat menarik lagipun kebanyakkan orang Malaysia sukakn negara Korea ni. Selain daripada negara dia cantik salah satu sebab yang lain ialah rakyat dia sangat berdisiplin dan rajin mcm orang Jepun. Negara diorang bersih je dan cantik thats why laaa aku minat.

Ada banyak tempat menarik di Seoul, Korea Selatan ni antaranya ialah Gyeongbokgung, Namsan, Hangang Park, Pulau Nami dan banyak lagiiiii. Nilah sbb aku teringin sangat nak pergi ke Seoul, Korea Selatan ni dia banyak sgt tempat menarik tauuu. Contoh Gyeongbogung ni merupakan sebuah istana yang paling terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Wah wah seronoknya kalau dpt pergiiii hahaha. Harap angan angan jadi kenyataan.

Meh abang payung sikit gambar tempat menarik di Seoul, Korea Selatan ni ni pun aku ambik kt google je jgn tertipu tauuuu. Nama pun tempat yang nk pergi so belum pergi lg lah hahaha.

-
-
-
-
-
-
Jeng Jeng Jeng

Ni gambar Pulau Nami cantik kannnn. Erghhhh

Thursday 9 March 2017

Idola.

Hai Assalamualaikum, saya muncul lagi hahaha. Harini nak bercerita tentang idola. Idola ni ialah seseorang yang kita jadikan contoh untuk kita suka dan kita nak jadi seperti dia. Haaaa korang semua ada idola? lain orang lain citarasa lain yang dia suka lain la idola dia tetapi sebaiknya kita cari lah idola yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita carilah idola yang baik budi pekertinya supaya kita dapat ikut cara dia dan kita pun dapat jadi baik macam dia. Aku tak cakap yang aku ni baik tapi aku nk cari idola yang baik baik supaya boleh dijadikan ikutan dan contoh.

Aku nak share pasal idola aku idola ialah mak aku sendiri. Aku memang nak jadikan mak aku ni sebagai idola aku sebab mak aku seorang yang sangat baik, penyayang, tabah, dan sangat rajin. Bagi aku mak kita lah segala galanya sebab syurga pun di bawah tapak kaki mak kan jadi wajarlah aku jadikan mak aku sebagai idola aku supaya aku dapat jadi seperti dia dan ikut contoh, teladan yang diajar olehnya.

Itu saja nak cakap pasal idola ni bagi aku tak payah lah nak jadikan artis artis ni sebagai idola. Jika dah terlalu sukakan artis itu biarlah suka secara bersederhana janganlah terlampau lampau dan terlalu fanatik sangat.

Sekian saja dari saya. Bye


Wednesday 8 March 2017

Biodata diri.

Assalamualaikum, harini nak cerita lah serba sedikit tentang diri saya.  Pertama sekali nama saya Muhammad Syahmi bin Muhammad Asri. Maksud nama Syahmi ni ialah mulia, berani, dan bijak yelakot ni ihsan dari google ni hahaha. Umur saya 20 tahun, pada 22 september 1997 lahirlah seorang Muhammad Syahmi di muka bumi Allah ni saya telah dilahirkan di Hospital Jengka. 

Makanan favourite ni banyak sebenarnya senang cite saya suka makan semua jenis masakan mak saya yela sape je tak suka masakan mak dia an. Aktiviti yang selalu dibuat pada masa lapang ialah suka jumpa kenkawan suka tentang enjin enjin kereta, motor hahaha.

Saya pernah bersekolah di SK Bandar Pusat iaitu sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6, sekolah menengah pulak saya sekolah di SMK Jengka 2 dari tingkatan 1 hingga 3 waktu tingkatan 4 saya berpindah di SMK Jengka Pusat 2 hinggalah tingkatan 5 dan selamat menduduki peperiksaan SPM disana haha. Selepas SPM saya belajar di Kolej Uniti, Port Dickson haaa jauh gak berhijrah tu saya belajar di kolej ni sehinggalah sekarang. Saya mengambil kos pelancongan a.k.a Tourism.

Seterusnya, nk bgtau hobi aku pulak. Hobi ni semua orang tau kan dan semua orang pun ada hobi. Cakap pasal hobi ni korang tau tak maksudnya apa orang dok tanya hobi hang apa? hobi apa? haa yang dah tau tu bagus yang dh paham tu baguih tapi semua orang tau kan apa itu hobi kalau taktau pi belajar darjah 1 semula. hahaha okay saya gtau jugakla "hobi ni merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang seseorang bagi menenagkan fikiran."

Hobi aku ni takdela gempak tapi bagi aku seronok ahh. Benda yang selalu aku buat pada masa lapang ialah aku suka travel. Travel ni bahasa omputih omputih panggil travel gituuu alaa dalam bahasa kita ni maksudnya jenjalan laa makan angin haaa macamtu. Travel ni best bagi aku di dpt tenangkan fikiran la dikala kacau bilau. Disebabkan aku ni jenis yang suka travel kan aku pun ambik la kos tourism yang aku belajar kat kolej ni. Ini merupakan salah satu puncanya aku ambik kos ni. Aku memang jarang la nak lekat kat rumah sbb nya suka jengjalan. Tapi aku tak kesampaian lagi pergi ke negara yang jauh jauh kan macam Australia ke London ke hahaha. Kalau nak g pun kena kumpul bajet lu laa.

Okay ada lagi hobi aku tau selain daripada travel ni aku suka la luangkan masa aku ngn membe membe. Yela orang kata membe ni penting sbb diorang la yang selalu ada ngn kita susah senang. Aku suka la lepak ngn membe yang sekepala ngn aku yang suka tentang kereta kereta atau motor ni. Haha dh lah tu itu je nak cerita harini haaa macam biasa sebelum habih abang payung satu gambar lagi k yang berkaitan dengan salah satu hobi abang hahaaha.



Sat payung sikit ahh gambar waktu kecik kecik waktu besar takleh la.

-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaaaaaaa

Yang baju merah tu :)



Inilah salah satu tempat yang pernah aku pergi iaitu Vietnam.


Okay Sekian.