wuhu

Terima Kasih Kerana Sudi Jejak Di Blog ini.

Song

Thursday 9 March 2017

Idola.

Hai Assalamualaikum, saya muncul lagi hahaha. Harini nak bercerita tentang idola. Idola ni ialah seseorang yang kita jadikan contoh untuk kita suka dan kita nak jadi seperti dia. Haaaa korang semua ada idola? lain orang lain citarasa lain yang dia suka lain la idola dia tetapi sebaiknya kita cari lah idola yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita carilah idola yang baik budi pekertinya supaya kita dapat ikut cara dia dan kita pun dapat jadi baik macam dia. Aku tak cakap yang aku ni baik tapi aku nk cari idola yang baik baik supaya boleh dijadikan ikutan dan contoh.

Aku nak share pasal idola aku idola ialah mak aku sendiri. Aku memang nak jadikan mak aku ni sebagai idola aku sebab mak aku seorang yang sangat baik, penyayang, tabah, dan sangat rajin. Bagi aku mak kita lah segala galanya sebab syurga pun di bawah tapak kaki mak kan jadi wajarlah aku jadikan mak aku sebagai idola aku supaya aku dapat jadi seperti dia dan ikut contoh, teladan yang diajar olehnya.

Itu saja nak cakap pasal idola ni bagi aku tak payah lah nak jadikan artis artis ni sebagai idola. Jika dah terlalu sukakan artis itu biarlah suka secara bersederhana janganlah terlampau lampau dan terlalu fanatik sangat.

Sekian saja dari saya. Bye


No comments:

Post a Comment