wuhu

Terima Kasih Kerana Sudi Jejak Di Blog ini.

Song

Wednesday 8 March 2017

Biodata diri.

Assalamualaikum, harini nak cerita lah serba sedikit tentang diri saya.  Pertama sekali nama saya Muhammad Syahmi bin Muhammad Asri. Maksud nama Syahmi ni ialah mulia, berani, dan bijak yelakot ni ihsan dari google ni hahaha. Umur saya 20 tahun, pada 22 september 1997 lahirlah seorang Muhammad Syahmi di muka bumi Allah ni saya telah dilahirkan di Hospital Jengka. 

Makanan favourite ni banyak sebenarnya senang cite saya suka makan semua jenis masakan mak saya yela sape je tak suka masakan mak dia an. Aktiviti yang selalu dibuat pada masa lapang ialah suka jumpa kenkawan suka tentang enjin enjin kereta, motor hahaha.

Saya pernah bersekolah di SK Bandar Pusat iaitu sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6, sekolah menengah pulak saya sekolah di SMK Jengka 2 dari tingkatan 1 hingga 3 waktu tingkatan 4 saya berpindah di SMK Jengka Pusat 2 hinggalah tingkatan 5 dan selamat menduduki peperiksaan SPM disana haha. Selepas SPM saya belajar di Kolej Uniti, Port Dickson haaa jauh gak berhijrah tu saya belajar di kolej ni sehinggalah sekarang. Saya mengambil kos pelancongan a.k.a Tourism.

Seterusnya, nk bgtau hobi aku pulak. Hobi ni semua orang tau kan dan semua orang pun ada hobi. Cakap pasal hobi ni korang tau tak maksudnya apa orang dok tanya hobi hang apa? hobi apa? haa yang dah tau tu bagus yang dh paham tu baguih tapi semua orang tau kan apa itu hobi kalau taktau pi belajar darjah 1 semula. hahaha okay saya gtau jugakla "hobi ni merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang seseorang bagi menenagkan fikiran."

Hobi aku ni takdela gempak tapi bagi aku seronok ahh. Benda yang selalu aku buat pada masa lapang ialah aku suka travel. Travel ni bahasa omputih omputih panggil travel gituuu alaa dalam bahasa kita ni maksudnya jenjalan laa makan angin haaa macamtu. Travel ni best bagi aku di dpt tenangkan fikiran la dikala kacau bilau. Disebabkan aku ni jenis yang suka travel kan aku pun ambik la kos tourism yang aku belajar kat kolej ni. Ini merupakan salah satu puncanya aku ambik kos ni. Aku memang jarang la nak lekat kat rumah sbb nya suka jengjalan. Tapi aku tak kesampaian lagi pergi ke negara yang jauh jauh kan macam Australia ke London ke hahaha. Kalau nak g pun kena kumpul bajet lu laa.

Okay ada lagi hobi aku tau selain daripada travel ni aku suka la luangkan masa aku ngn membe membe. Yela orang kata membe ni penting sbb diorang la yang selalu ada ngn kita susah senang. Aku suka la lepak ngn membe yang sekepala ngn aku yang suka tentang kereta kereta atau motor ni. Haha dh lah tu itu je nak cerita harini haaa macam biasa sebelum habih abang payung satu gambar lagi k yang berkaitan dengan salah satu hobi abang hahaaha.



Sat payung sikit ahh gambar waktu kecik kecik waktu besar takleh la.

-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaaaaaaa

Yang baju merah tu :)



Inilah salah satu tempat yang pernah aku pergi iaitu Vietnam.


Okay Sekian.

No comments:

Post a Comment